Sesi Live@FBKT Bersempena International Conference on Bioengineering and Technology (IConBET2021)

Sesi Live@FBKT Bersempena International Conference on Bioengineering and Technology (IConBET2021)

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) telah mengadakan sesi Live@FBKT bertajuk “International Conference on Bioengineering and Technology (IConBET2021): Challenge and Hope” pada 14 Januari 2020 yang lalu. Sesi ini diadakan bersempena penganjuran seminar antarabangsa International Conference on Bioengineering and Technology (IConBET2021) yang bakal berlangsung pada 24 – 25 Mei 2021.

Sesi Live@FBKT ini menampilkan Dr Nurul Akmar Che Zaudin sebagai moderator dan 2 orang panelis iaitu PM Dr Muhammad Azwadi Sulaiman selaku Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Pascasiswazah dan Ts Dr Sarizam Mamat selaku pengerusi IConBET 2021.

Sesi Live@FBKT ini membincangkan berkaitan pengenalan kepada International Conference on Bioengineering and Technology (IConBET2021) dari segi matlamat penganjuran, tema, cabaran dan harapan pihak FBKT dalam menganjurkan IConBET 2021. Sesi Live@FBKT ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton atas talian yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi FBKT dan Facebook rasmi Universiti Malaysia Kelantan.

Disediakan oleh,

ChM Ts Dr Nor Hakimin Abdullah